Monday, March 22, 2010

Failed..!!


Failed..!!
suatu pernytaan yang menakutkan sesiapa saja yang bakal dan telah menghadapinya..tetapi sejauh manakah pengajaran yang dapat kita ambil daripada perkataan ini, pernyataan yang akan cuba dielakkan oleh sesiapa saja daripada menghadapinya..

Kita tidak boleh lari daripada menghadapi situasi yang memungkinkan kita untuk berhadapan dengan perkataan "failed"..kita berkemungkinan untuk "failed" dalam exam,dalam kehidupan kita seharian dan sebagainya...tetapi apakah hikmahnya disebalik perkataan ini..

Allah SWT berfirman.."Aku tidak akan memberatkan hambaku dengan sesuatu perkara melainkan bersesuaian dengan kemampuannya"..jadi kenapa kita gagal?..jawapannya hanyalah satu sahaja iaitu Allah SWT mahu menguji sejauh mana tahap keimanan kita dalam menghadapi kegagalan ini..adakah dengan hanya satu kegagalan kita sudah mula untuk melatah dan menyalahkan-Nya atau kita jadikan kegagalan tersebut sebagai batu loncatan untuk kita menuju kejayaan kita yang hakiki.

Tidak mudah untuk berkata-kata tanpa kita sendiri yag menghadapinya..Ya,saya juga pernah gagal,malah terlampau banyak jika hendak dikira..tetapi sampai bila kita perlu untuk meratapi kegagalan itu?..apa yang kita dapat hanyalah satu pembuangan masa semata2 kerana jika kita mengtafsirkan kegagalan ini dari sudut negatif kita tidak akan mampu untuk melangkah kehadapan..kita akan sentiasa ditakuti oleh bayang2 yang silam..sampai bila kita perlu begitu wahai sahabat-sahabatku dan juga diriku..?



Umat islam lemah dimata dunia kerana kita terlampau takut pada kegagalan..takut untuk mencuba kerana kita menganggap mereka itu lebih berkuasa sedangkan kita, umat islam yang menaikkan dan memulakan tamadun ilmu suatu ketika dahulu..kita yang memartabatkan ilmu diwaktu barat mengalami zaman kegelapan..tetapi kita terlampau tenggelam dengan perkataan takut untuk gagal sekarang hinggakan kita melepaskan apa yang telah dibina dan dibawa oleh umat islam terdahulu dan pemimpin agung kita yang pastinya..Nabi Muhammad SAW..subhanallah..ampunilah kami ya Allah..


Kenapa kita perlu takut pada kegagalan yang kecil jika kejayaan yang besar sedang menanti kita dihadapan..kita tidak yakin dengan keupayaan sendiri..sedangkan kita tahu apa yang diberikan kpd kita itu adalah bersesuaian dengan kemampuan kita..tetapi disebabkan lemahnya iman dan kebergantungan kita kepada Dia,kita gagal dalam menghadapinya..kita memnganggap kita hanya bersendirian dlam menghadapi perkara yang membawa kepada kegagalan itu sedangkan kita lupa bahawa Allah SWT itu sentiasa ada bersama kita..DIA ada bersama kita!..jadi kenapa kita mesti lupa padaNya disaat-saat kita sepatutnya berharap kepdanya..Ya Allah Kau ampunilah kami umat Mu diakhir zaman ini..Kami lemah Ya Allah..kami lupa tujuan kami hidup di dunia ini hanyalah kerana Mu ya Allah..kami mengeluh bila Kau turunkan ujian kepada kami, kami lupa kepadaMu ya Allah..ampunilah kami,kuatkanlah kami untuk berada dijalanMu ini ya Allah..peganglah hati kami,hati yang sentiasa merinduiMu ini ya Allah...ameen.

0 comments: