Sunday, October 3, 2010

50 KEISTIMEWAAN WANITA..















Assalamualaikum wbt..

Lama rasanya tak berpeluang untuk berkongsi ilmu di blog ini...
kesibukan kerja..mungkin sekadar alasan...
tapi Alhamdulillah,masa itu tetap ada kerana masa tidak pernah meninggalkan kita...
tetapi kita yang mengabaikan masa...terima kasih ya Allah memberi ku peluang untuk berkongsi di ruang ini sekali lagi..sekadar untuk renungan bersama...diambil dari sebuah buka bertajuk
"RIWAYAT BIDADARI SYURGA" karangan Munif Ahmad...


"Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang"

~50 KEISTIMEWAAN WANITA~

"Sekadar renungan buat insan yang bergelar wanita.
Ketahuilah betapa istimewanya menjadi wanita.
Betapa bertuahnya menjadi wanita.
Bersyukurlah kerana menjadi wanita."

1. Doa wanita lebih makbul drp lelaki kerana lebih penyayang dr lelaki.
Sabda Rasulullah SAW: "Ibu lebih penyayang drp bapa dan doa org
penyayang tidak akan sia-sia."

2. Wanita solehah lebih baik drp 1000 org lelaki yang tidak soleh.

3. Seorang wanita solehah lebih baik drp 70 org wali.

4. Seorang wanita solehah lebih baik drp 70 org lelaki soleh.

5. Sesiapa yg menggembirakan anak perempuannya, maka darjatnya umpama
orang yg sentiasa menangis kerana takutkan Allah SWT dan orang yang
takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka keatasnya.

6. Sesiapa yg membawa makanan utk keluarganya, maka pahalanya
sama sprti brsedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuannya
drp anak lelakinya. Maka sesiapa yang menyukakan anak perempuannya
seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail a.s.

7. Haidh seorang wanita menjad penebus dosanya yg lalu. Jika pada hari prtama
haidhnya dia membaca "Alhamdulillahi'alaa Kulli Halin Wa Astaghfirullah
(Segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku mohon ampun kpd
Allah dari segala dosa)", maka Allah SWT akan membebaskannya dari neraka
dan dengan mudah melalui shiratul mustaqim dengan aman dari seksa.
Bahkan Allah SWT akan mengangkat darjatnya sama sprti drjat 40 orang
syuhada ' apabila dia selalu berzikir kepada Allah SWT selama haidhnya.

8. Sabda Rasulullah SAW: "Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan
tinggal bersama aku di dalam syurga."

9. Sesiapa yang brsikap ihsan dan mendidik anak perempuan atau seudara
perempuannya dengan penuh rasa taqwa dan tanggungjawab,
maka baginya adalah syurg.

10. Daripada Aisyah r.a: "Sesiapa yang diuji dengan sesuatu drp anak
anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kpd mereka, maka
mereka akan menjadi pnghalang baginya drp api neraka".

11. Syurga itu dibawah telapak kaki IBU.

12. Apabila dua orang ibu bapa memanggilmu, maka jawablah
panggilan ibumu dahulu.

13. Seorang waita yang taat berkhidmat kpd suaminya akan tertutup
pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga.
Masuklah dia dari mana-mana pintu yang dia kehendaki tanpa dihisab.

14. Seorag wanita yang mentaati suaminya (serta menjaga solatnya serta puasanya),
semua ikan di laut, burung di udara, malaikat dilangit, matahari dan
bulanakan beristighfar untuknya selama dia mentaati suaminya dan meredhainya.

15. Aisyah r.a berkata: "Aku bertanya kepada Rasulullah SAW siapakah
yang lebih besar haknya terhadap seorang wanita?" Jawab baginda,
"Suaminya." "Siapa pula yang berhak trhadap seorang lelaki?"
Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya."

16. Apabila seorang wanita mengerjakan solat lima waktu, berpuasa
di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta mentaati
suaminya, maka pasti akan masuk syurga dari pintu mana saja
yang dia kehendaki.

17. Allah SWT akan memasukkan setiap wanita yang membantu
suaminya di dalam urusan agama kedalam syurga lebih dahulu
daripada suaminya.

18. Apabila seorang wanita hamil, maka beristighfarlah para
malaikat untuknya. Allah SWT akan mencatatkan baginya
setiap hari dengan 1000 kebaikan dan menghapuskan
darinya 1000 kejahatan.

19. 2 rakaat solat seorang wanita yang hamil adalah lebih baik
daripada 80 rakaat solat seorang wanita yang tidak hamil.

20. Wanita yang hamil akan mendapat pahala puasa pada
siang hari.

21. Wanita yang hamil akan mendapat pahala ibadat di malam hari.

22. Apabila seorang wanita mulai sakit hendak bersalin, maka Allah
SWT akan mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad
dijalan Allah.

23. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa
dan setiap kesakitan pada satu uratnya akan dikurniakan oleh Allah SWT
satu pahala haji.

24. Apabila seorang wanita melahirkan anak, keluarlah dia drp
dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

25. Sekiranya seorang wanita meninggal dunia dalam tempoh 40 hari
selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

26. Seorang wanita yang menyusukan anaknya dengan susunya
sendiri akan mendapat satu pahala dari setiap titis susu yang diberikannya.

27. Jika seorang wanita menyusukan anaknya hingga cukup tempoh (2 1/2 tahun),
maka malaikat-malaikat dilangit akan mengkhabarkan berita gembira bahawa
syurga wajib baginya.

28. Jika seorang wanita menyusukan anaknya yang menangis, maka
Allah SWT akan memberikan pahala satu tahun solat dan puasa.

29. Seorang wanita yang menghabiskan malamnya dengan tidur yang
tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat
pahala seperti membebaskan 20 orang hamba dan dosa-dosanya
akan diampunkan oleh Allah SWT.

30. Seorang wanita yang menghiburkan hati anakny, maka
Allah SWT akan memberikan 12 tahun pahala ibadat kepadanya.

Subhanallah...besarnya keistimewaan wanita yang tidak disedari
oleh kaum wanita itu sendiri...sedarlah wahai wanita,kedudukanmu
begitu istimewa disisi Allah SWT...hargailah dan sayangilah dirimu dan agamamu...
kesudahannya akan bersambung i'Allah di kelapangan masa yang akan datang...

Alhamdulillah...

0 comments: