Sunday, October 3, 2010

50 KEISTIMEWAAN WANITA..















Assalamualaikum wbt..

Lama rasanya tak berpeluang untuk berkongsi ilmu di blog ini...
kesibukan kerja..mungkin sekadar alasan...
tapi Alhamdulillah,masa itu tetap ada kerana masa tidak pernah meninggalkan kita...
tetapi kita yang mengabaikan masa...terima kasih ya Allah memberi ku peluang untuk berkongsi di ruang ini sekali lagi..sekadar untuk renungan bersama...diambil dari sebuah buka bertajuk
"RIWAYAT BIDADARI SYURGA" karangan Munif Ahmad...


"Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang"

~50 KEISTIMEWAAN WANITA~

"Sekadar renungan buat insan yang bergelar wanita.
Ketahuilah betapa istimewanya menjadi wanita.
Betapa bertuahnya menjadi wanita.
Bersyukurlah kerana menjadi wanita."

1. Doa wanita lebih makbul drp lelaki kerana lebih penyayang dr lelaki.
Sabda Rasulullah SAW: "Ibu lebih penyayang drp bapa dan doa org
penyayang tidak akan sia-sia."

2. Wanita solehah lebih baik drp 1000 org lelaki yang tidak soleh.

3. Seorang wanita solehah lebih baik drp 70 org wali.

4. Seorang wanita solehah lebih baik drp 70 org lelaki soleh.

5. Sesiapa yg menggembirakan anak perempuannya, maka darjatnya umpama
orang yg sentiasa menangis kerana takutkan Allah SWT dan orang yang
takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka keatasnya.

6. Sesiapa yg membawa makanan utk keluarganya, maka pahalanya
sama sprti brsedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuannya
drp anak lelakinya. Maka sesiapa yang menyukakan anak perempuannya
seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail a.s.

7. Haidh seorang wanita menjad penebus dosanya yg lalu. Jika pada hari prtama
haidhnya dia membaca "Alhamdulillahi'alaa Kulli Halin Wa Astaghfirullah
(Segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku mohon ampun kpd
Allah dari segala dosa)", maka Allah SWT akan membebaskannya dari neraka
dan dengan mudah melalui shiratul mustaqim dengan aman dari seksa.
Bahkan Allah SWT akan mengangkat darjatnya sama sprti drjat 40 orang
syuhada ' apabila dia selalu berzikir kepada Allah SWT selama haidhnya.

8. Sabda Rasulullah SAW: "Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan
tinggal bersama aku di dalam syurga."

9. Sesiapa yang brsikap ihsan dan mendidik anak perempuan atau seudara
perempuannya dengan penuh rasa taqwa dan tanggungjawab,
maka baginya adalah syurg.

10. Daripada Aisyah r.a: "Sesiapa yang diuji dengan sesuatu drp anak
anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kpd mereka, maka
mereka akan menjadi pnghalang baginya drp api neraka".

11. Syurga itu dibawah telapak kaki IBU.

12. Apabila dua orang ibu bapa memanggilmu, maka jawablah
panggilan ibumu dahulu.

13. Seorang waita yang taat berkhidmat kpd suaminya akan tertutup
pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga.
Masuklah dia dari mana-mana pintu yang dia kehendaki tanpa dihisab.

14. Seorag wanita yang mentaati suaminya (serta menjaga solatnya serta puasanya),
semua ikan di laut, burung di udara, malaikat dilangit, matahari dan
bulanakan beristighfar untuknya selama dia mentaati suaminya dan meredhainya.

15. Aisyah r.a berkata: "Aku bertanya kepada Rasulullah SAW siapakah
yang lebih besar haknya terhadap seorang wanita?" Jawab baginda,
"Suaminya." "Siapa pula yang berhak trhadap seorang lelaki?"
Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya."

16. Apabila seorang wanita mengerjakan solat lima waktu, berpuasa
di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta mentaati
suaminya, maka pasti akan masuk syurga dari pintu mana saja
yang dia kehendaki.

17. Allah SWT akan memasukkan setiap wanita yang membantu
suaminya di dalam urusan agama kedalam syurga lebih dahulu
daripada suaminya.

18. Apabila seorang wanita hamil, maka beristighfarlah para
malaikat untuknya. Allah SWT akan mencatatkan baginya
setiap hari dengan 1000 kebaikan dan menghapuskan
darinya 1000 kejahatan.

19. 2 rakaat solat seorang wanita yang hamil adalah lebih baik
daripada 80 rakaat solat seorang wanita yang tidak hamil.

20. Wanita yang hamil akan mendapat pahala puasa pada
siang hari.

21. Wanita yang hamil akan mendapat pahala ibadat di malam hari.

22. Apabila seorang wanita mulai sakit hendak bersalin, maka Allah
SWT akan mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad
dijalan Allah.

23. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa
dan setiap kesakitan pada satu uratnya akan dikurniakan oleh Allah SWT
satu pahala haji.

24. Apabila seorang wanita melahirkan anak, keluarlah dia drp
dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

25. Sekiranya seorang wanita meninggal dunia dalam tempoh 40 hari
selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

26. Seorang wanita yang menyusukan anaknya dengan susunya
sendiri akan mendapat satu pahala dari setiap titis susu yang diberikannya.

27. Jika seorang wanita menyusukan anaknya hingga cukup tempoh (2 1/2 tahun),
maka malaikat-malaikat dilangit akan mengkhabarkan berita gembira bahawa
syurga wajib baginya.

28. Jika seorang wanita menyusukan anaknya yang menangis, maka
Allah SWT akan memberikan pahala satu tahun solat dan puasa.

29. Seorang wanita yang menghabiskan malamnya dengan tidur yang
tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat
pahala seperti membebaskan 20 orang hamba dan dosa-dosanya
akan diampunkan oleh Allah SWT.

30. Seorang wanita yang menghiburkan hati anakny, maka
Allah SWT akan memberikan 12 tahun pahala ibadat kepadanya.

Subhanallah...besarnya keistimewaan wanita yang tidak disedari
oleh kaum wanita itu sendiri...sedarlah wahai wanita,kedudukanmu
begitu istimewa disisi Allah SWT...hargailah dan sayangilah dirimu dan agamamu...
kesudahannya akan bersambung i'Allah di kelapangan masa yang akan datang...

Alhamdulillah...

Thursday, June 3, 2010

Pengganas Yahudi Zionis Menyerang Lagi!


Petang tadi, jurucakap kerajaan haram Yahudi Israel diasak bertubi-tubi oleh wartawan berita Channel 4, sebuah siaran TV di United Kingdom. Ia berkaitan serangan terhadap rombongan kemanusian terdiri dari enam buah kapal di perairan antarabangsa. Rombongan tersebut digelar "Gaza Freedom Flotilla"

Dengan muka selamba dan tidak mengendahkan sebarang pertanyaan panas oleh wartawan terbabit. Jurucakap tersebut seperti biasa beralasan bahawa serangan yang dilakukan adalah kerana mempertahankan diri. Walaupun jawapan itu telah diketahui karut dan tidak waras, mereka sama sekali tidak peduli. Senjata juga kononnya dijumpai berada di dalam kapal-kapal terbabit, namun ia hanyalah spanar, pisau, parang dan tukul. Tidak munasabah alat sedemikian boleh dinggap senjata melawan Israel.

Egonya ternampak jelas, walau nama United Nations (UN) disebut berkali-kali oleh wartawan sebagai menuntut siasatan dan kecaman serangan dan pembunuhan sekitar 10-20 orang awam dan menyebabkan kecederaan puluhan yang lain selain membuat tangkapan dan serangan di perairan antarabangsa. Kini, semua ahli rombongan sedang ditahan dan kita sangat bimbang apabila terdapat ramai wanita muslimah khususnya dari Turki yang turut ditahan ketika ini.

Namun, tiada sebarang respect (hormat) atau apa jua kepada apa sahaja nama yang disebut, apa jua kerajaan. Itulah tahap keangkuhan kerajaan haram Yahudi Israel.

Serangan dan penahanan itu selain melibatkan warga Malaysia, ia juga melibatkan warga sekitar 41 orang warga British. Keadaan itu memaksa UK untuk bersuara menuntut penyiasatan lengkap dan telus.

YAHUDI ISRAEL ADALAH TERRORIST

Benar, itulah Yahudi Israel Zionis jika dilhat dari definisi terrorist menurut kerajaan Amerika

Under Section 3 of Executive Order 13224 "Blocking Property and prohibiting Transactions with Persons who commit, threaten to commit, or support Terrorism", the term "terrorism" means an activity that...

(i) involves a violent act or an act dangerous to human life, property, or infrastructure; and
(ii) appears to be intended
• to intimidate or coerce a civilian population;
• to influence the policy of a government by intimidation or coercion; or
• to affect the conduct of a government by mass destruction, assassination, kidnapping, or hostage-taking.

Selain itu, mereka turut menunjuk kuasa melebihi US, Eropah dan dunia apabila tidak ambil peduli kecaman masyarakat antarabangsa kerana menyerang rombongan kemanusian di perairan antarabangsa. Akhbar Britain, 'The Independent' hari ini turut menyiarkan beberapa kritikan media Israel terhadap tindakan kerajaannya, antara yang paling menarik adalah kata-kata Ben Caspit, di akhbar Isreal, Maariv, katanya:

"The Israeli image took a mortal blow and all this happened deep in International Waters and tunred Israel into a pirate state".

Memang benarlah apa yang dikatakan, Israel sememangnya negara Lanun yang dihuni oleh lanun-lanun.

BANTUAN TERPANTAS KITA

La hawla wal Quwwata Illah billah, bantuan terpantas dari kita buat masa ini adalah qunut nazilah, serta doa buat umat Islam Palestin dan moga Allah s.w.t menghancurkan tentera Israel dengan tenetra MalaikatNya. Jika doa Muslim Palestin tidak mencukupi bagi mendapatkan kemaqbulan di ketika ini, marilah kita sama-sama dengan segera membantu mereka, di harap doa kita mampu membantu mereka dalam kadar segera.

Sememangnya ramai yang tidak peduli dengan serangan ini. Pemimpin arab dan barat semuanya akan bermain dengan kata-kata semata-mata. Tanpa menafikan adalah lebih baik pemimpin yang berkata dan mengecam dari yang terus senyap membisu seribu bahasa.

QUNUT NAZILAH

Berikut adalah cadangan Qunut Nazilah dengan baris yang telah saya usahakan barisnya dan ertinya, agar boleh dibaca oleh orang ramai.

اللّهُمَّ إِنّا نَسْتَعِينُكَ وَنُؤمِنُ بِكَ ، وَنَتَوَكَّلُ عَلَيْكَ ونُثْنِيْ عَلَيْكَ الخَيْرَ وَلاَ نَكْفُرُكَ ، اللَّهُمَّ إيَّاكَ نَعْبُد ، وَلَكَ نُصَلِّي وَنَسْجُدُ ، وَإِليكَ نَسْعَى وَنَحْفِد ، نَرْجُو رَحْمَتَكَ وَنَخْشَى عَذَابَك ، إِنَّ عَذَابَكَ الجَدَّ بِالكُفَّار مُلْحِق ، اللهم عَذِّبِ الكَفَرَةَ وَأهْلَ الكِتَابِ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ

Maksudnya : "Ya Allah sesungguhnya kami memohon pertolongan dariMU dan kami beriman denganMu, dan kami bertawakkal kepada Mu, dan kami memuja Mu dengan kebaikan dan kami tidak mengkufuriMU, Ya Allah hanya engkau yang kami sembah dan kepada Mu kami menunaikan solat dan bersujud, kepadaMu kami berusaha, kami mengharapkan rahmatMu dan kami takutkan azabMu, sesungguhnya azabMu yang pedih akan dikenakan kepada orang-orang yang kafir, Ya Allah azablah orang-orag kafir Ahli kitab yang menghalang-halangi dari jalanMU."

اللّهمّ إِنَّا نَجْعَلُكَ فِي نُحُورِ أَعْدَائِنَا ، ونَعُوذُ بِكَ مِنْ شُرُوْرِهِمْ
اللّهمّ مُنْزِلَ الكِتَابِ، وَمُجْرِيَ السَّحَابِ، وَهَازِمَ الأَحْزَابِ، اِهْزِمْ اليَهُودَ الغَاصِبِيْنَ المحُتَلِّيْنَ، وَانْصُرْناَ عَلَيْهِمْ وَزَلْزِلْهُم. اللّهُمّ بَدِّدْ شَمْلَهُم وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ، و شَتِّتْ كَلِمَتَهُم , خَالِفْ بَيْنَ قُلُوبِهِم، ، وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُم , وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْباً مِنْ كِلاَبِكَ يا قهار , يا جبار و يا مُنْتَقِمَ , اللهم أَنْزِلِ بِهِم بَأْسَكَ الَّذِيْ لايُرَدُّ عَنِ القَوْمِ المُجْرِمِين.

Erti :
Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami menjadikan-Mu sebagai pendinding (kepada musuh2) kami, dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan mereka.

Wahai Tuhan kami, wahai Tuhan yang menurunkan al-Kitab (al-Quran), dan wahai yang menjalankan awan, dan wahai yang menghancurkan tentera al-Ahzab, hancurkanlah Yahudi perampas dan penjajah dan bantulah kami ke atas mereka dan goyankanlah mereka.
Wahai Tuhan kami, binasakanlah kesempurnaan mereka, dan pecah-belahkanlah jemaah/kesatuan mereka, dan gagapkanlah perkataan mereka (melalutkan kereka), pecah belahkanlah hati-hati mereka, goyahkanlah pendirian mereka, dan hantarkanlah anjing ke atas mereka dari anjing-anjing suruhanMu, wahai Tuhan Yang Maha Gagah Perkasa, wahai Tuhan Yang Maha Berani, wahai Tuhan Yang Maha Berdendam, wahai Allah tuhan kami, turunkanlah ke atas mereka kemarahan dan kesakitan dariMu yang tidak mampu ditolak oleh kaum yang berdosa.


اللهم اُنْصُرِ المُسْلِمِيْنَ وَالمُجَاهِدِينَ عَلىْ اليَهُود..اللّهم انْصُرْناَ عَلَيْهِم فِي كُلِّ مَكَانٍ..اللّهمّ أَرِناَ فِيْهِمْ عَجَائِبَ قُدْرَتِكَ .. اللّهمّ أًحْصِهِمْ عَدَداً وَاقْتُلْهُمْ بَدَداً وَلاَ تُغَادِرْ مِنْهُمْ أَحَداً..اللّهمّ اجْعَلْهُمْ غَنِيْمَةً لِلْمُسْلِمِيْن..اللّهمّ اجْعَلْ سِلاَحَهُمْ فِي صُدُوْرِهِمْ وَكَيْدَهِمْ فِي نُحُورِهِمْ وَتَدْبِيْرِهِمْ تَدْمِيْراً لهَمُ , اللّهمّ اْجْعَلْ الملائكةَ تُعِيْنُ المسلمين ..اللّهمّ سَدِّدْ رَمْيَهُمْ .. اللّهمّ سَدِّدْ رَصَاصَهُمْ

Erti : Ya Allah, bantulah muslimin dan pejuang Islam dalam petempurannya dengan Yahudi, Ya Allah bantulah kami untuk mengalahkan mereka di mana-mana sahaja, Ya Allah tunjukkanlah kepada mereka keajaiban kuasaMu, Ya Allah jadikanlah mereka boleh dibilang, dan bunuhlah mereka sebinasanya, dan janganlah engkau lepaskan mereka walau seorang. Ya Allah jadikanlah senjata dan harta mereka sebagai harta rampasan di tangan kaum Muslim, Ya Allah jadikanlah senjata mereka mengenai dada mereka sendiri, dan helah mereka mengenai tengkuk mereka, dan perancangan mereka penghancur mereka sendiri, Ya Allah jadikanlah para Malaikat membantu kaum Muslimin, Ya Allah tepatkanlah tembakan dan lontaran mereka

اللّهمّ أَهْلِكْهُمْ كَمَا أَهْلَكْتَ إِرَمَ وَعَاد ... اللّهمّ صُبَّ عَلَيْهِمْ سَوْطَ عَذَابِك فَإِنَّهُمْ أَفْسَدُوْا فِي البِلاَدِ وَقَتَلُوْا العِبَادَ , اللهم انصُرْ إِخْوَانَناَ فِي لُبْناَن وَفِلَسْطِين وَافغانستان والعراق وَجَمِيْعِ بِلاَدِ المسلمين

Erti : Ya Allah hancurkanlah mereka sebagaimana engkau mengahncur kaum Iram dan ‘Ad , Ya Allah palulah mereka dengan paluan azaz kerana mereka telah melakukan kerosakan dalam negara dan membunuh para hambaMu. Ya Allah bantulah saudara kami di Lubnan, Palestin, Afghanistan, Iraq dan seluruh negara umat Islam.


Sumber:

Wednesday, May 19, 2010

SAHABATKU, JALAN INI BUKAN MUDAH..

Aku Bersamamu.

Sahabat..

Aku mencintaimu kerana Rasulullah memerintahkan aku mencintaimu. Ya,tidak beriman seseorang itu sehingga dia mencintai saudaranya sepertimana dia mencintai dirinya sendiri.

Sahabatku yang sangat aku cintai..

Sungguh,jalan yang kita lalui ini bukan jalan yang indah dan mudah. Jalan ini matlamatnya cantik dan mengkagumkan.Tapi, sungguh tidak dapat aku janjikan kepadamu jalan ini akan senang kau lalui. Bukankah sejarah membuktikannya, haq yang ingin dibawa tentu sekali akan ditentang.

Sahabat..

Bukankah dalam kita berdiskusi, seringkali kita ingatkan pejuang yang telah lama terkorban dulu? Sheikh Hassan Al Banna,ditembak di pasar. Kerana apa? Kerana dia membawa yang haq! Syed Qutb,nyawanya tercabut menemui Rabb nya di tiang gantung? Kerana apa? Kerana dia membawa yang haq. Sheikh Ahmad Yassin dibunuh dengan misil yahudi laknatullah di hadapan masjid di subuh yang hening. Kerana apa? Kerana dia juga membawa yang haq!

Amanah ini untuk kita,sahabatku.Amanah ini untuk orang seperti kalian. Bukanlah aku ingin menggoyahkan semangat wajamu dan bahkan tidak sesekali. Tetapi sahabat,yang pasti ingin aku ingatkan janji Allah terhadap orang yang menolong agamanya, Allah pasti akan membantu urusannya. Aku ingin ingatkanmu kasih sayangNya dan rahmatNya terhadap hamba yang diredhai Nya. Bukankah senang nanti bila Allah tanyakan kepada kita: Apa yang kau gunakan masa mudamu dan aku dan kau serentak menjawab :Ya Tuhanku, Ya Rabb, masa mudaku dan masa tuaku adalah aku letakkan pada jalanMu. Adalah untuk Kau. Hanya untuk hidup dalam redhaMu walau kami ditekan. Untuk hidup dalam cinta kami kepada Mu.

Sahabat...

Peluru, tali gantung, pedang yang tajam, bahkan tekanan yang kuat dari pengalaman kehidupan sememangnya boleh melemahkan sesiapa sahaja. Tapi bukan engkau. Engkau dibina dengan tarbiyah. Dihiasi keindahan akhlak. Dilahirkan sebagai pendukung agama ini. Biar siapa sahaja pun engkau, biar apa sahaja kata orang,kau terus menguatkan langkah menyusur jalan in. Aku yakin,kerna kau sahabatku.

Sahabatku yang dikasihi..

Tidak dapat aku janjikan kesenangan dan kemewahan mengikut jalan ini. Tidak dapat aku berikan nama dan pangkat. Tapi akan ku tawarkan yang lebih baik dari segala itu. Akan kuberikan doaku semoga kau teguh dalam jalan ini .Akan ku bersama kau melangkah membawa haq dalam jalan ini. Akan aku luka dan berdarah bersama kau. Kerna kita saudara yang saling mencintai kerna Nya.

Sungguh aku bersama mu.

Tulus,
Sahabatmu tercinta

Friday, April 9, 2010

Indahnya ukhwah itu..

Sahabat

Biarkan kerinduan di lautan memori
Mengimbau kenangan indah yang mengetuk emosi
Masih segar di ingatan saat mesra berputik
Hatimu bawa sinaran cahaya inspirasi

Sahabat...
kau sesungguhnya
Temanku...
dikala suka dan lara

Tika ku buntu
diselubungi sendu
Kau tiupkan ketabahan kuntum
mengukir senyuman

Bagaikan embun
hilang diterbit fajar
Kau pergi jauh mengejar cita
Menggapai redha Yang Esa

Duhai sahabat dengarkanlah
Bicara hatiku ini
Meskipun jarak memisahkan
Namun tiada rentap kasih

Biarlah waktu menetukan
nilai ukhwah yang terjalin
Teruskanlah perjuangan hingga
Ke titisan darah terakhir

Dan aku masih di sini
terus mendaki
puncak tertinggi hidupku

Dan aku terus menanti
saat yang manis
akan berulang kembali

Sahabat...

Tuesday, April 6, 2010

Ku Mohon Petunjuk dari Mu ya Allah..

Bismillahirrahmanirrahim...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..

Izinkan aku ya Allah meluahkan rasa yang membelengu di hatiku ini..aku lemah ya Allah..aku kerap bertanya pada diriku sendiri,apakah tidak ada peluang untuk mereka yang lemah berdiri di dunia ini, adakah mereka perlu untuk dipandang rendah,adakah mereka perlu disalahkan untuk kekurangan mereka itu ya Allah..ku mohon petunjuk dari Mu..kerana aku insan yang lemah itu..aku cuba untuk berdiri kerana aku tahu aku perlu untuk berdiri..tapi aku lemah ya Allah kerana tidak ada tangan2 yang ingin aku berpaut dihulurkan untk ku..adakah ini takdr yang Engkau tentukan untkku,ampunilah aku jika aku mengeluh dengan takdirku ini..ampunilah aku ya Allah..

Kau lapangkanlah dadaku dalam menempuh ranjau kehidupan ini..kuatkanlah aku..

Aku tidak ingin tewas kerana msih banyak yang perlu aku pelajari ya Allah..aku selemah2 insan yang mendambakan kasih darimu ya Allah..aku sejahil2 manusia yang inginkan keredhaan darimu ya Allah..

Aku pohon dari Mu..Engkau memiliku ya Allah..lindungilah aku,berilah peluang untukku melaksanakn tugasku dimuka bumi Mu ini..izinkan aku untuk menjadi mata-mata rantai dalam perjuangan Mu..ameen

"Andai Islam itu,
seperti sebuah bangunan usang yang hampir roboh,
maka akan ku berjalan ke seluruh dunia,
mencari jiwa-jiwa muda,
aku tidak ingin mengutip dengan ramai bilangan mereka,
tapi aku inginkan hati-hati yang ikhlas,
untuk membantuku dan bersama,
membina kembali bangunan usang itu,
menjadi sebuah bangunan yang tersergam indah"...Iman Syahid Hassan Al-Banna



Monday, April 5, 2010

Damai Bersama-Mu

oleh: Chrisye

Aku Termenung Di Bawah Mentari
Di Antara Megahnya Alam Ini
Menikmati Indahnya Kasih-Mu
Kurasakan Damainya Hatiku

Sabda-Mu Bagai Air Yang Mengalir
Basahi Panas Terik Di Hatiku
Menerangi Semua Jalanku
Kurasakan Tenteramnya Hatiku

Jangan Biarkan Damai Ini Pergi
Jangan Biarkan Semuanya Berlalu
Hanya Pada-Mu Tuhan
Tempatku Berteduh
Dari Semua Kepalsuan Dunia

Bila Ku Jauh Dari Diri-Mu
Akan Kutempuh Semua Perjalanan
Agar Selalu Ada Dekat-Mu
Biar Kurasakan Lembutnya Kasih-Mu

Monday, March 22, 2010

Failed..!!


Failed..!!
suatu pernytaan yang menakutkan sesiapa saja yang bakal dan telah menghadapinya..tetapi sejauh manakah pengajaran yang dapat kita ambil daripada perkataan ini, pernyataan yang akan cuba dielakkan oleh sesiapa saja daripada menghadapinya..

Kita tidak boleh lari daripada menghadapi situasi yang memungkinkan kita untuk berhadapan dengan perkataan "failed"..kita berkemungkinan untuk "failed" dalam exam,dalam kehidupan kita seharian dan sebagainya...tetapi apakah hikmahnya disebalik perkataan ini..

Allah SWT berfirman.."Aku tidak akan memberatkan hambaku dengan sesuatu perkara melainkan bersesuaian dengan kemampuannya"..jadi kenapa kita gagal?..jawapannya hanyalah satu sahaja iaitu Allah SWT mahu menguji sejauh mana tahap keimanan kita dalam menghadapi kegagalan ini..adakah dengan hanya satu kegagalan kita sudah mula untuk melatah dan menyalahkan-Nya atau kita jadikan kegagalan tersebut sebagai batu loncatan untuk kita menuju kejayaan kita yang hakiki.

Tidak mudah untuk berkata-kata tanpa kita sendiri yag menghadapinya..Ya,saya juga pernah gagal,malah terlampau banyak jika hendak dikira..tetapi sampai bila kita perlu untuk meratapi kegagalan itu?..apa yang kita dapat hanyalah satu pembuangan masa semata2 kerana jika kita mengtafsirkan kegagalan ini dari sudut negatif kita tidak akan mampu untuk melangkah kehadapan..kita akan sentiasa ditakuti oleh bayang2 yang silam..sampai bila kita perlu begitu wahai sahabat-sahabatku dan juga diriku..?



Umat islam lemah dimata dunia kerana kita terlampau takut pada kegagalan..takut untuk mencuba kerana kita menganggap mereka itu lebih berkuasa sedangkan kita, umat islam yang menaikkan dan memulakan tamadun ilmu suatu ketika dahulu..kita yang memartabatkan ilmu diwaktu barat mengalami zaman kegelapan..tetapi kita terlampau tenggelam dengan perkataan takut untuk gagal sekarang hinggakan kita melepaskan apa yang telah dibina dan dibawa oleh umat islam terdahulu dan pemimpin agung kita yang pastinya..Nabi Muhammad SAW..subhanallah..ampunilah kami ya Allah..


Kenapa kita perlu takut pada kegagalan yang kecil jika kejayaan yang besar sedang menanti kita dihadapan..kita tidak yakin dengan keupayaan sendiri..sedangkan kita tahu apa yang diberikan kpd kita itu adalah bersesuaian dengan kemampuan kita..tetapi disebabkan lemahnya iman dan kebergantungan kita kepada Dia,kita gagal dalam menghadapinya..kita memnganggap kita hanya bersendirian dlam menghadapi perkara yang membawa kepada kegagalan itu sedangkan kita lupa bahawa Allah SWT itu sentiasa ada bersama kita..DIA ada bersama kita!..jadi kenapa kita mesti lupa padaNya disaat-saat kita sepatutnya berharap kepdanya..Ya Allah Kau ampunilah kami umat Mu diakhir zaman ini..Kami lemah Ya Allah..kami lupa tujuan kami hidup di dunia ini hanyalah kerana Mu ya Allah..kami mengeluh bila Kau turunkan ujian kepada kami, kami lupa kepadaMu ya Allah..ampunilah kami,kuatkanlah kami untuk berada dijalanMu ini ya Allah..peganglah hati kami,hati yang sentiasa merinduiMu ini ya Allah...ameen.

Sunday, March 21, 2010

Wahai Puteriku...

Puteriku tercinta! Aku seorang yang telah berusia hampir lima puluh tahun. Hilang sudah, masa remaja, impian dan khayalan. Aku telah mengunjungi banyak negeri, dan berjumpa dengan banyak orang.

Aku juga telah merasakan pahit getirnya dunia. Oleh kerana itu dengarkan nasihat-nasihat yang benar lagi jelas, berdasarkan pengalamanku, yang mana engkau mungkin belum pernah mendengarnya daripada orng lain.

Puteriku...
dengarlah bicara dari hatiku...

Benar bahawa lelakilah yang memulai langkah pertama dalam lorong dosa, tetapi bila engkau tidak setuju, lelaki itu tidak akan berani, dan andai kata bukan lantaran gemah gemalaimu, lelaki tidak akan bertambah parah. Wanitalah yang membuka pintu , seolah kau katakan kepada si pencuri itu:silakan masuk, silakan...
Apabila ia telah mencuri, engkau berteriak: Pencuri! Tolong..tolong..saya dicuri.

Demi Allah, dalam khayalan seorang pemuda tak melihat gadis kecuali gadis itu telah ia telanjangi pakaiannya.

Demi Allah begitulah, jangan engkau mudah percaya apa yang dikatakan lelaki, mereka tidak akan melihat gadis kecuali akhlak dan budi bahasanya. Ia akan berbicara kepadamu sebagai seorang sahabat. Demi Allah ia telah berbohong!

Senyuman yang diberikan pemuda kepadamu, kehalusan budi bahasa dan perhatian, semua itu tidak lain hanyalah merupakan perangkap rayuan. Setelah itu apa yang terjadi?

Kalian berdua sesaat berada dalam kenikmatan, kemudian engkau ditinggalkan, dan engkau selamanya tetap akan merasakan penderitaan akibat kenikmatan itu. Pmuda tersebut akan mencari mangsa lain untuk diterkam kehormatannya, dan engkaulah yang menanggung beban kehamilan. Jiwamu menangis, keningmu tercoreng, selama itu hidupmu tetap berkubang dalam kehinaan dan keaiban, masyarakat tidak akan mengampunimu.

Puteriku...
Cita-cita wanita tertinggi adalah perkahwinan. Wanita, bagaimana tinggi pun status sosial kekayaan, popularitidan prestasinya, sesuatu yang sangat diinginikannya adalah menjadi isteri yang baik serta ibu kepada rumah tangga yang terhormat.

Tak ada seorang pun yang mau menikahi pelacur, sekalipun ia lelaki hidung belang, apabila akan menikah tidak akan memilih wanita rosak, akan tetapi ia akan memilih wanita yang baik kerana ia tidak rela bila suri rumah tannganya dan ibu kepada putera puterinya adalah seorang wanita yang tidak baik.



Sesungguhnya krisis perkahwinan terjadi disebabkan kelalaian kaum wanita! Krisis perkahwinan terjadi disebabkan perbuatan wanita-wanita perosak, sehingga para pemuda tidak mahu isteri. Akibatnya ramai para gadis yang sudah berusia tidak mendapat suami. Mengapa wanita-wanita yang baik belum juga sedar? Mengapa kalian tidak berusaha membanteras malapetaka ini?

Kalianlah yang lebih patut dan lebih mampu daripada kaum lelaki untuk melakukan usaha itu kerana kalian lebih mengerti bahasa wanita. Dan kalian lebih tahu cara menyedarkan mereka.

Dan oleh kerana yang menjadi korban kerosakan ini adalah kalian, para wanita mulia dan beragama, maka hendaklah kalian mengajak wanita lain agar bertaqwa kepada Allah. Bila mereka enggan, peringatkanlah mereka akan akibat yang buruk dari penzinaan seperti berjangkitnya suatu penyakit.

Bila mereka masih membangkang maka beritahulah akan keyataan yang ada: kalian adalh gadis-gadis remaja puteri yang cantik, oleh kerana itu aka ramai pemuda mendatangi kalian dan berebut disekitar kalian, tetapi apakah kecantikan itu akan kekal? Semua makhluk didunia ini tidak ada yang kekal. Bagaimana kelanjutannya, bila kalian sudah menjadi nenek dengan pinggang bongkok dan wajah keriput? pada waktu itu siapakah yang akan memperhatikan? siapa yang akan simpati?

Puteriku...
Puteriku yang beriman dan beragama! Puteriku yang terhormat dan terpelihara, ketahuilah bahawa yang menjadi korban semua ini bukan orang lain terkecuali engkau.

Oleh kerana itu jangan berikan diri kalian sebagai korban iblis, jangan dengar ucapan mereka yang merayu dengan pergaulan yang alsannya, hak asasi, modernisme, emansipasi dan kehidupan kampus. Sungguh kebanyakan orang yang terkutuk ini tidak beristeri dan tidak memiliki anak, mereka sama sekali tidak peduli dengan kalian selain untuk pemuas kelazatan sementara. Sedangkan saya adalah seorang ayah kepada daripada empat orang gadis. Bila saya membela kalian, bererti saya membela puteri-puteriku sendiri. Saya ingin kalian bahagia seperti yang saya inginkan untuk puteri-puteriku.

Bila anak puteri jatuh, tak seorang pun diantara mereka mahu menyingsingkan lengan untuk membangunkannya dari lembah kehinaan, yang engkau dapati mereka hanya merebut kecantikan sigadis, apabila telah berubah dan hilang, mereka pun lalu pergi, persisnya seperti anjing meninggalkan bangkai yang tidak tersisa daging sedikit pun. Inilah nashatku padamu, puteriku. Inilah kebenaran. Selain ini jangan percaya. Sedarlah bahawa ditanganmulah, bukan ditangan kami kaum lelaki, kunci pintu perbaikan. Bila mahu perbaiki diri kalian, dengan demikian umat pun akan menjadi baik.

Ayahmu..

Adaptasi daripada buku "Wahai Puteriku" oleh Ali Thanthawi


Di Mana Cantiknya Seorang Wanita?



Mungkin pada sepasang matanya yang hening yang selalu menjeling tajam atau yang kadang kala malu-malu memberikan kerlingan manja. Boleh jadi pada bibirnya yang tak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis, atau yang sekali-sekala memberikan kucupan mesra di dahi umi juga, ayah, suami dan pipi munggil anak-anak. Atau mungkin juga pada hilai tawanya yang gemersik dan suara manjanya yang boleh melembut sekaligus melembutkan perasaan.

Sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan perempuan. Sejuta malah berjuta-juta kali ganda perkataan pun masih belum cukup untuk mendefinisikan tentang keindahan perempuan. Kitalah perempuan itu. Panjatkan kesyukuran kehadrat Tuhan kerana menjadikan kita perempuan dan memberikan keindahan-keindahan itu. Namun, betapa pun dijaga, dipelihara, dibelai dan ditatap di hadapan cermin saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi jua. Wajah akan suram, mata akan kelam. Satu sahaja yang tidak akan dimamah usia, sifat keperempuanan yang dipupuk dengan iman dan ibadah.



Dirimu ingin lebih cantik dan menarik??

# Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.

# Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.

# Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman.

# Pakailah "sabun Istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.

# Rawatlah rambut anda dengan "Selendang Islami" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki yang merbahayakan.

# Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang Tawadhu' dan jari-jari anda dengan cincin Ukhuwwah.

# Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung "kesucian".

# Bedaklah wajah anda dengan "air Wudhu" nescaya akan bercahaya di akhirat.


Tuesday, March 16, 2010

My Only Wish ~Free Palestin~




All your armies, all your fighters

All your tanks, and all your soldiers

Against a boy holding a stone

Standing there all alone

In his eyes I see the sun



In his smile I see the moon

And I wonder, I only wonder

Who is weak, and who is strong?

Who is right, and who is wrong?

And I wish, I only wish

That the truth has a tongue

Wednesday, March 3, 2010

Hidayah

Tuhan…
lama aku gelintar
cari arah cahaya
menerangi gelita


Tuhan….
indahnya hidayah Mu
sinari ruang kalbu
luruh airmata ku
mensyukuri nikmat Mu


Tuhan
pimpinlah hati ini
utk ku menghayati petunjuk Mu
walau diuji kesabaranku
juga keimananku
tidak tercabar keyakinan ku
pada janji-janji Mu
tetap bersujud di hadapan Mu
merayu cinta Mu
seluruh jiwa aku serahkan hanyalah utk Mu
betapa ku bersyukur dengan hidayah yg Engkau berikan
semoga selamanya aku kekal di jalan Mu

When they start to leave you...

When they start to leave you..
look back at yourself
what u have done wrong
not what did they have done wrong to you

When they start to leave you..
let them know that
you love them with all of your heart
and you need them..
to make you move
to make you strong
and to share your sorrow

When they start to leave you..
you cannot down yet
you cannot give up yet
coz you have them
the person that really need you
you mother..
your sister..
your brother..
coz they know who you really are
and coz you know why you r still here

When they start to leave you..
make a move
even it hurt
but it will be more hurt if you give up
coz Allah is always with you

When they start to leave you..
you can cry
if it can make you feel better

When they start to leave you..

Monday, February 1, 2010

Assalamualaikum wbr..

Bismillahirrahmanirrahim..

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Syukur alhamdulillah kerana akhirnya dapat juga ana menghasilkan satu blog buat coretan dari ana untuk diri ana sendiri,sahabat-sahabat ana dan seluruh saudara-saudara islam walau dimana sahaja mereka berada. Marilah kita sama-sama mewujudkan satu wadah perkongsian yang dapat memartabat semula islam sebagai agama kita dan al-Quran sebagai kitab kita.

Mentafsir tidak semudah melihat dan menilai tidak semudah menduga..apa yang dikata dan dibuat dinilai olehNya, kita sebagai hambanya hanya mampu melakukan yang terbaik dalam mencari keredhaan dariNya..begitulah juga dengan diri ana yang selemah-lemahnya iman ini, kita hanya mampu mentafsir dan menilai sesuatu tetapi sesungguhnya yang lebih dan maha mengetahui hanyalah Dia semata-mata..Subhanallah,kerdilnya kita sebagai hambaNya..Alhamdulillah,luasnya nikmat pemberianNya kepada hamba-hambaNya..Allahhuakbar, sesungguhnya Allah itu maha Kaya dan maha Kuasa dalam melaksanakan sesuatu perkara..wallahualam