Tuesday, October 7, 2014

I'M BACK..ALHAMDULILLAH

Salam

Setelah hampir 2 tahun blog ni sunyi akhirnya aku kembali untuk mencoretkan perjalanan hidupku serta perkongsian di sini..rindunya untuk menulis..seakan rinduku pada zaman aku bergelar mahasiswa dulu.

Banyak yang berubah,diriku sendiri juga telah berubah..dulu aku seorang remaja yang mencari erti kehidupan tetapi kini aku seorang ibu kepada dua puteraku dan juga isteri kepada suamiku serta seorang pekerja kepada majikanku..aku rindu saat itu,saat dimana aku mewujudkan blog ini untuk aku berkongsi ilmu dan isi hati..masa berlalu begitu pantas..


Ini adalah aku yang sekarang..bersama keluargaku dan aku begitu menyayangi mereka..alhamdulillah ya Allah atas nikmat dan rezeki yang Engkau kurniakan kepadaku dan keluargaku dan atas rezeki anak2 yang Engkau kurniakan kepadaku dan suamiku..aku bersyukur kepadaMu yaAllah..

ok setakat ini dulu coretan pertamaku buat kali ini..inshaAllah akan ku manfaatkan blog ini sebagai wadah untuk perkongsian..salam


Wednesday, March 23, 2011

~Adil..~



Assalamualaikum..

Rindu rasanya untuk menulis..sudah lama blog ini ditinggalkn..sprtimana sudah lama diri ini
ditinggalkn tnpa pengisian jiwa dn rohani..

Rndunya pada waktu diri dikelilingi shbat2 yg sama2 mncari erti hidup..
Rndunya pada waktu diri masih brgelar pelajar..mahasiswa..
Rndunya pada waktu itu..
Dan..
Rndunya diriku padaMu yaAllah..

Malam ini aku diselubungi seribu satu persoalan tentang apa itu 'adil'..
knp 'adil'..aku sndiri tidk tahu knp perkataan itu yg timbul difikiranku..

ADIL..
adilkah kita pada diri kita sndiri..?
adilkah kita pada keluarga kita..?
adikah kita pada kawan2 kita..?
adilkah kita pada agama kita..?
adilkah kita pada bangsa kita..?

dan yg plg kita perlu brtanya pada diri kita sndiri..

adilkah kita sebagai hamba-Nya dimuka bumi ini..

ingatkah kita pada lirik sebuah lagu nasyid ini..

begitu indah dunia..
siapapun kan ternoda..
harta, pangkat dan wanita melemahkan kita..
tanpa iman dalam diri..
kitakan dikuasai..
syaitan, nafsu dlm diri..
musuh yg tersembunyi..
pulanglah kpda Tuhan..
cahaya kehidupan..
keimanan,ketaqwaan kepadaNya..
senjata utama..



hawa nafsu,fatamorgana duniawi sungguh kuat menguasai diri kita..senang untuk kita brkata, tp susah untuk kita melaksanaknnya..semua boleh brkata hawa nafsu itu melalaikan kita,dunia itu melalaikan kita,tp susahnya untuk kita mngelakkannya,kerana kita manusia,hawa nafsu itu ada dalam diri kita..
cuma iman kita yg mampu menjadi perisai padanya..
tp mampukah iman kita..hanya kita yg tahu..

adilkah kita..?
kita tewas pada hawa nafsu kta..
kita tewas pada fatamogana dunia..

Ya Allah kenapa aku mengejar duniaMu yg Engkau ibaratkannya seperti setitik air dilautan dan kenapa aku meninggalkan akhiratMu yg Engkau ibaratkannya seperti lautan yg luas itu..


Sunday, October 3, 2010

50 KEISTIMEWAAN WANITA..















Assalamualaikum wbt..

Lama rasanya tak berpeluang untuk berkongsi ilmu di blog ini...
kesibukan kerja..mungkin sekadar alasan...
tapi Alhamdulillah,masa itu tetap ada kerana masa tidak pernah meninggalkan kita...
tetapi kita yang mengabaikan masa...terima kasih ya Allah memberi ku peluang untuk berkongsi di ruang ini sekali lagi..sekadar untuk renungan bersama...diambil dari sebuah buka bertajuk
"RIWAYAT BIDADARI SYURGA" karangan Munif Ahmad...


"Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang"

~50 KEISTIMEWAAN WANITA~

"Sekadar renungan buat insan yang bergelar wanita.
Ketahuilah betapa istimewanya menjadi wanita.
Betapa bertuahnya menjadi wanita.
Bersyukurlah kerana menjadi wanita."

1. Doa wanita lebih makbul drp lelaki kerana lebih penyayang dr lelaki.
Sabda Rasulullah SAW: "Ibu lebih penyayang drp bapa dan doa org
penyayang tidak akan sia-sia."

2. Wanita solehah lebih baik drp 1000 org lelaki yang tidak soleh.

3. Seorang wanita solehah lebih baik drp 70 org wali.

4. Seorang wanita solehah lebih baik drp 70 org lelaki soleh.

5. Sesiapa yg menggembirakan anak perempuannya, maka darjatnya umpama
orang yg sentiasa menangis kerana takutkan Allah SWT dan orang yang
takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka keatasnya.

6. Sesiapa yg membawa makanan utk keluarganya, maka pahalanya
sama sprti brsedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuannya
drp anak lelakinya. Maka sesiapa yang menyukakan anak perempuannya
seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail a.s.

7. Haidh seorang wanita menjad penebus dosanya yg lalu. Jika pada hari prtama
haidhnya dia membaca "Alhamdulillahi'alaa Kulli Halin Wa Astaghfirullah
(Segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku mohon ampun kpd
Allah dari segala dosa)", maka Allah SWT akan membebaskannya dari neraka
dan dengan mudah melalui shiratul mustaqim dengan aman dari seksa.
Bahkan Allah SWT akan mengangkat darjatnya sama sprti drjat 40 orang
syuhada ' apabila dia selalu berzikir kepada Allah SWT selama haidhnya.

8. Sabda Rasulullah SAW: "Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan
tinggal bersama aku di dalam syurga."

9. Sesiapa yang brsikap ihsan dan mendidik anak perempuan atau seudara
perempuannya dengan penuh rasa taqwa dan tanggungjawab,
maka baginya adalah syurg.

10. Daripada Aisyah r.a: "Sesiapa yang diuji dengan sesuatu drp anak
anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kpd mereka, maka
mereka akan menjadi pnghalang baginya drp api neraka".

11. Syurga itu dibawah telapak kaki IBU.

12. Apabila dua orang ibu bapa memanggilmu, maka jawablah
panggilan ibumu dahulu.

13. Seorang waita yang taat berkhidmat kpd suaminya akan tertutup
pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga.
Masuklah dia dari mana-mana pintu yang dia kehendaki tanpa dihisab.

14. Seorag wanita yang mentaati suaminya (serta menjaga solatnya serta puasanya),
semua ikan di laut, burung di udara, malaikat dilangit, matahari dan
bulanakan beristighfar untuknya selama dia mentaati suaminya dan meredhainya.

15. Aisyah r.a berkata: "Aku bertanya kepada Rasulullah SAW siapakah
yang lebih besar haknya terhadap seorang wanita?" Jawab baginda,
"Suaminya." "Siapa pula yang berhak trhadap seorang lelaki?"
Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya."

16. Apabila seorang wanita mengerjakan solat lima waktu, berpuasa
di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta mentaati
suaminya, maka pasti akan masuk syurga dari pintu mana saja
yang dia kehendaki.

17. Allah SWT akan memasukkan setiap wanita yang membantu
suaminya di dalam urusan agama kedalam syurga lebih dahulu
daripada suaminya.

18. Apabila seorang wanita hamil, maka beristighfarlah para
malaikat untuknya. Allah SWT akan mencatatkan baginya
setiap hari dengan 1000 kebaikan dan menghapuskan
darinya 1000 kejahatan.

19. 2 rakaat solat seorang wanita yang hamil adalah lebih baik
daripada 80 rakaat solat seorang wanita yang tidak hamil.

20. Wanita yang hamil akan mendapat pahala puasa pada
siang hari.

21. Wanita yang hamil akan mendapat pahala ibadat di malam hari.

22. Apabila seorang wanita mulai sakit hendak bersalin, maka Allah
SWT akan mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad
dijalan Allah.

23. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa
dan setiap kesakitan pada satu uratnya akan dikurniakan oleh Allah SWT
satu pahala haji.

24. Apabila seorang wanita melahirkan anak, keluarlah dia drp
dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

25. Sekiranya seorang wanita meninggal dunia dalam tempoh 40 hari
selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

26. Seorang wanita yang menyusukan anaknya dengan susunya
sendiri akan mendapat satu pahala dari setiap titis susu yang diberikannya.

27. Jika seorang wanita menyusukan anaknya hingga cukup tempoh (2 1/2 tahun),
maka malaikat-malaikat dilangit akan mengkhabarkan berita gembira bahawa
syurga wajib baginya.

28. Jika seorang wanita menyusukan anaknya yang menangis, maka
Allah SWT akan memberikan pahala satu tahun solat dan puasa.

29. Seorang wanita yang menghabiskan malamnya dengan tidur yang
tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat
pahala seperti membebaskan 20 orang hamba dan dosa-dosanya
akan diampunkan oleh Allah SWT.

30. Seorang wanita yang menghiburkan hati anakny, maka
Allah SWT akan memberikan 12 tahun pahala ibadat kepadanya.

Subhanallah...besarnya keistimewaan wanita yang tidak disedari
oleh kaum wanita itu sendiri...sedarlah wahai wanita,kedudukanmu
begitu istimewa disisi Allah SWT...hargailah dan sayangilah dirimu dan agamamu...
kesudahannya akan bersambung i'Allah di kelapangan masa yang akan datang...

Alhamdulillah...

Thursday, June 3, 2010

Pengganas Yahudi Zionis Menyerang Lagi!


Petang tadi, jurucakap kerajaan haram Yahudi Israel diasak bertubi-tubi oleh wartawan berita Channel 4, sebuah siaran TV di United Kingdom. Ia berkaitan serangan terhadap rombongan kemanusian terdiri dari enam buah kapal di perairan antarabangsa. Rombongan tersebut digelar "Gaza Freedom Flotilla"

Dengan muka selamba dan tidak mengendahkan sebarang pertanyaan panas oleh wartawan terbabit. Jurucakap tersebut seperti biasa beralasan bahawa serangan yang dilakukan adalah kerana mempertahankan diri. Walaupun jawapan itu telah diketahui karut dan tidak waras, mereka sama sekali tidak peduli. Senjata juga kononnya dijumpai berada di dalam kapal-kapal terbabit, namun ia hanyalah spanar, pisau, parang dan tukul. Tidak munasabah alat sedemikian boleh dinggap senjata melawan Israel.

Egonya ternampak jelas, walau nama United Nations (UN) disebut berkali-kali oleh wartawan sebagai menuntut siasatan dan kecaman serangan dan pembunuhan sekitar 10-20 orang awam dan menyebabkan kecederaan puluhan yang lain selain membuat tangkapan dan serangan di perairan antarabangsa. Kini, semua ahli rombongan sedang ditahan dan kita sangat bimbang apabila terdapat ramai wanita muslimah khususnya dari Turki yang turut ditahan ketika ini.

Namun, tiada sebarang respect (hormat) atau apa jua kepada apa sahaja nama yang disebut, apa jua kerajaan. Itulah tahap keangkuhan kerajaan haram Yahudi Israel.

Serangan dan penahanan itu selain melibatkan warga Malaysia, ia juga melibatkan warga sekitar 41 orang warga British. Keadaan itu memaksa UK untuk bersuara menuntut penyiasatan lengkap dan telus.

YAHUDI ISRAEL ADALAH TERRORIST

Benar, itulah Yahudi Israel Zionis jika dilhat dari definisi terrorist menurut kerajaan Amerika

Under Section 3 of Executive Order 13224 "Blocking Property and prohibiting Transactions with Persons who commit, threaten to commit, or support Terrorism", the term "terrorism" means an activity that...

(i) involves a violent act or an act dangerous to human life, property, or infrastructure; and
(ii) appears to be intended
• to intimidate or coerce a civilian population;
• to influence the policy of a government by intimidation or coercion; or
• to affect the conduct of a government by mass destruction, assassination, kidnapping, or hostage-taking.

Selain itu, mereka turut menunjuk kuasa melebihi US, Eropah dan dunia apabila tidak ambil peduli kecaman masyarakat antarabangsa kerana menyerang rombongan kemanusian di perairan antarabangsa. Akhbar Britain, 'The Independent' hari ini turut menyiarkan beberapa kritikan media Israel terhadap tindakan kerajaannya, antara yang paling menarik adalah kata-kata Ben Caspit, di akhbar Isreal, Maariv, katanya:

"The Israeli image took a mortal blow and all this happened deep in International Waters and tunred Israel into a pirate state".

Memang benarlah apa yang dikatakan, Israel sememangnya negara Lanun yang dihuni oleh lanun-lanun.

BANTUAN TERPANTAS KITA

La hawla wal Quwwata Illah billah, bantuan terpantas dari kita buat masa ini adalah qunut nazilah, serta doa buat umat Islam Palestin dan moga Allah s.w.t menghancurkan tentera Israel dengan tenetra MalaikatNya. Jika doa Muslim Palestin tidak mencukupi bagi mendapatkan kemaqbulan di ketika ini, marilah kita sama-sama dengan segera membantu mereka, di harap doa kita mampu membantu mereka dalam kadar segera.

Sememangnya ramai yang tidak peduli dengan serangan ini. Pemimpin arab dan barat semuanya akan bermain dengan kata-kata semata-mata. Tanpa menafikan adalah lebih baik pemimpin yang berkata dan mengecam dari yang terus senyap membisu seribu bahasa.

QUNUT NAZILAH

Berikut adalah cadangan Qunut Nazilah dengan baris yang telah saya usahakan barisnya dan ertinya, agar boleh dibaca oleh orang ramai.

اللّهُمَّ إِنّا نَسْتَعِينُكَ وَنُؤمِنُ بِكَ ، وَنَتَوَكَّلُ عَلَيْكَ ونُثْنِيْ عَلَيْكَ الخَيْرَ وَلاَ نَكْفُرُكَ ، اللَّهُمَّ إيَّاكَ نَعْبُد ، وَلَكَ نُصَلِّي وَنَسْجُدُ ، وَإِليكَ نَسْعَى وَنَحْفِد ، نَرْجُو رَحْمَتَكَ وَنَخْشَى عَذَابَك ، إِنَّ عَذَابَكَ الجَدَّ بِالكُفَّار مُلْحِق ، اللهم عَذِّبِ الكَفَرَةَ وَأهْلَ الكِتَابِ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ

Maksudnya : "Ya Allah sesungguhnya kami memohon pertolongan dariMU dan kami beriman denganMu, dan kami bertawakkal kepada Mu, dan kami memuja Mu dengan kebaikan dan kami tidak mengkufuriMU, Ya Allah hanya engkau yang kami sembah dan kepada Mu kami menunaikan solat dan bersujud, kepadaMu kami berusaha, kami mengharapkan rahmatMu dan kami takutkan azabMu, sesungguhnya azabMu yang pedih akan dikenakan kepada orang-orang yang kafir, Ya Allah azablah orang-orag kafir Ahli kitab yang menghalang-halangi dari jalanMU."

اللّهمّ إِنَّا نَجْعَلُكَ فِي نُحُورِ أَعْدَائِنَا ، ونَعُوذُ بِكَ مِنْ شُرُوْرِهِمْ
اللّهمّ مُنْزِلَ الكِتَابِ، وَمُجْرِيَ السَّحَابِ، وَهَازِمَ الأَحْزَابِ، اِهْزِمْ اليَهُودَ الغَاصِبِيْنَ المحُتَلِّيْنَ، وَانْصُرْناَ عَلَيْهِمْ وَزَلْزِلْهُم. اللّهُمّ بَدِّدْ شَمْلَهُم وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ، و شَتِّتْ كَلِمَتَهُم , خَالِفْ بَيْنَ قُلُوبِهِم، ، وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُم , وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْباً مِنْ كِلاَبِكَ يا قهار , يا جبار و يا مُنْتَقِمَ , اللهم أَنْزِلِ بِهِم بَأْسَكَ الَّذِيْ لايُرَدُّ عَنِ القَوْمِ المُجْرِمِين.

Erti :
Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami menjadikan-Mu sebagai pendinding (kepada musuh2) kami, dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan mereka.

Wahai Tuhan kami, wahai Tuhan yang menurunkan al-Kitab (al-Quran), dan wahai yang menjalankan awan, dan wahai yang menghancurkan tentera al-Ahzab, hancurkanlah Yahudi perampas dan penjajah dan bantulah kami ke atas mereka dan goyankanlah mereka.
Wahai Tuhan kami, binasakanlah kesempurnaan mereka, dan pecah-belahkanlah jemaah/kesatuan mereka, dan gagapkanlah perkataan mereka (melalutkan kereka), pecah belahkanlah hati-hati mereka, goyahkanlah pendirian mereka, dan hantarkanlah anjing ke atas mereka dari anjing-anjing suruhanMu, wahai Tuhan Yang Maha Gagah Perkasa, wahai Tuhan Yang Maha Berani, wahai Tuhan Yang Maha Berdendam, wahai Allah tuhan kami, turunkanlah ke atas mereka kemarahan dan kesakitan dariMu yang tidak mampu ditolak oleh kaum yang berdosa.


اللهم اُنْصُرِ المُسْلِمِيْنَ وَالمُجَاهِدِينَ عَلىْ اليَهُود..اللّهم انْصُرْناَ عَلَيْهِم فِي كُلِّ مَكَانٍ..اللّهمّ أَرِناَ فِيْهِمْ عَجَائِبَ قُدْرَتِكَ .. اللّهمّ أًحْصِهِمْ عَدَداً وَاقْتُلْهُمْ بَدَداً وَلاَ تُغَادِرْ مِنْهُمْ أَحَداً..اللّهمّ اجْعَلْهُمْ غَنِيْمَةً لِلْمُسْلِمِيْن..اللّهمّ اجْعَلْ سِلاَحَهُمْ فِي صُدُوْرِهِمْ وَكَيْدَهِمْ فِي نُحُورِهِمْ وَتَدْبِيْرِهِمْ تَدْمِيْراً لهَمُ , اللّهمّ اْجْعَلْ الملائكةَ تُعِيْنُ المسلمين ..اللّهمّ سَدِّدْ رَمْيَهُمْ .. اللّهمّ سَدِّدْ رَصَاصَهُمْ

Erti : Ya Allah, bantulah muslimin dan pejuang Islam dalam petempurannya dengan Yahudi, Ya Allah bantulah kami untuk mengalahkan mereka di mana-mana sahaja, Ya Allah tunjukkanlah kepada mereka keajaiban kuasaMu, Ya Allah jadikanlah mereka boleh dibilang, dan bunuhlah mereka sebinasanya, dan janganlah engkau lepaskan mereka walau seorang. Ya Allah jadikanlah senjata dan harta mereka sebagai harta rampasan di tangan kaum Muslim, Ya Allah jadikanlah senjata mereka mengenai dada mereka sendiri, dan helah mereka mengenai tengkuk mereka, dan perancangan mereka penghancur mereka sendiri, Ya Allah jadikanlah para Malaikat membantu kaum Muslimin, Ya Allah tepatkanlah tembakan dan lontaran mereka

اللّهمّ أَهْلِكْهُمْ كَمَا أَهْلَكْتَ إِرَمَ وَعَاد ... اللّهمّ صُبَّ عَلَيْهِمْ سَوْطَ عَذَابِك فَإِنَّهُمْ أَفْسَدُوْا فِي البِلاَدِ وَقَتَلُوْا العِبَادَ , اللهم انصُرْ إِخْوَانَناَ فِي لُبْناَن وَفِلَسْطِين وَافغانستان والعراق وَجَمِيْعِ بِلاَدِ المسلمين

Erti : Ya Allah hancurkanlah mereka sebagaimana engkau mengahncur kaum Iram dan ‘Ad , Ya Allah palulah mereka dengan paluan azaz kerana mereka telah melakukan kerosakan dalam negara dan membunuh para hambaMu. Ya Allah bantulah saudara kami di Lubnan, Palestin, Afghanistan, Iraq dan seluruh negara umat Islam.


Sumber:

Wednesday, May 19, 2010

SAHABATKU, JALAN INI BUKAN MUDAH..

Aku Bersamamu.

Sahabat..

Aku mencintaimu kerana Rasulullah memerintahkan aku mencintaimu. Ya,tidak beriman seseorang itu sehingga dia mencintai saudaranya sepertimana dia mencintai dirinya sendiri.

Sahabatku yang sangat aku cintai..

Sungguh,jalan yang kita lalui ini bukan jalan yang indah dan mudah. Jalan ini matlamatnya cantik dan mengkagumkan.Tapi, sungguh tidak dapat aku janjikan kepadamu jalan ini akan senang kau lalui. Bukankah sejarah membuktikannya, haq yang ingin dibawa tentu sekali akan ditentang.

Sahabat..

Bukankah dalam kita berdiskusi, seringkali kita ingatkan pejuang yang telah lama terkorban dulu? Sheikh Hassan Al Banna,ditembak di pasar. Kerana apa? Kerana dia membawa yang haq! Syed Qutb,nyawanya tercabut menemui Rabb nya di tiang gantung? Kerana apa? Kerana dia membawa yang haq. Sheikh Ahmad Yassin dibunuh dengan misil yahudi laknatullah di hadapan masjid di subuh yang hening. Kerana apa? Kerana dia juga membawa yang haq!

Amanah ini untuk kita,sahabatku.Amanah ini untuk orang seperti kalian. Bukanlah aku ingin menggoyahkan semangat wajamu dan bahkan tidak sesekali. Tetapi sahabat,yang pasti ingin aku ingatkan janji Allah terhadap orang yang menolong agamanya, Allah pasti akan membantu urusannya. Aku ingin ingatkanmu kasih sayangNya dan rahmatNya terhadap hamba yang diredhai Nya. Bukankah senang nanti bila Allah tanyakan kepada kita: Apa yang kau gunakan masa mudamu dan aku dan kau serentak menjawab :Ya Tuhanku, Ya Rabb, masa mudaku dan masa tuaku adalah aku letakkan pada jalanMu. Adalah untuk Kau. Hanya untuk hidup dalam redhaMu walau kami ditekan. Untuk hidup dalam cinta kami kepada Mu.

Sahabat...

Peluru, tali gantung, pedang yang tajam, bahkan tekanan yang kuat dari pengalaman kehidupan sememangnya boleh melemahkan sesiapa sahaja. Tapi bukan engkau. Engkau dibina dengan tarbiyah. Dihiasi keindahan akhlak. Dilahirkan sebagai pendukung agama ini. Biar siapa sahaja pun engkau, biar apa sahaja kata orang,kau terus menguatkan langkah menyusur jalan in. Aku yakin,kerna kau sahabatku.

Sahabatku yang dikasihi..

Tidak dapat aku janjikan kesenangan dan kemewahan mengikut jalan ini. Tidak dapat aku berikan nama dan pangkat. Tapi akan ku tawarkan yang lebih baik dari segala itu. Akan kuberikan doaku semoga kau teguh dalam jalan ini .Akan ku bersama kau melangkah membawa haq dalam jalan ini. Akan aku luka dan berdarah bersama kau. Kerna kita saudara yang saling mencintai kerna Nya.

Sungguh aku bersama mu.

Tulus,
Sahabatmu tercinta

Friday, April 9, 2010

Indahnya ukhwah itu..

Sahabat

Biarkan kerinduan di lautan memori
Mengimbau kenangan indah yang mengetuk emosi
Masih segar di ingatan saat mesra berputik
Hatimu bawa sinaran cahaya inspirasi

Sahabat...
kau sesungguhnya
Temanku...
dikala suka dan lara

Tika ku buntu
diselubungi sendu
Kau tiupkan ketabahan kuntum
mengukir senyuman

Bagaikan embun
hilang diterbit fajar
Kau pergi jauh mengejar cita
Menggapai redha Yang Esa

Duhai sahabat dengarkanlah
Bicara hatiku ini
Meskipun jarak memisahkan
Namun tiada rentap kasih

Biarlah waktu menetukan
nilai ukhwah yang terjalin
Teruskanlah perjuangan hingga
Ke titisan darah terakhir

Dan aku masih di sini
terus mendaki
puncak tertinggi hidupku

Dan aku terus menanti
saat yang manis
akan berulang kembali

Sahabat...

Tuesday, April 6, 2010

Ku Mohon Petunjuk dari Mu ya Allah..

Bismillahirrahmanirrahim...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..

Izinkan aku ya Allah meluahkan rasa yang membelengu di hatiku ini..aku lemah ya Allah..aku kerap bertanya pada diriku sendiri,apakah tidak ada peluang untuk mereka yang lemah berdiri di dunia ini, adakah mereka perlu untuk dipandang rendah,adakah mereka perlu disalahkan untuk kekurangan mereka itu ya Allah..ku mohon petunjuk dari Mu..kerana aku insan yang lemah itu..aku cuba untuk berdiri kerana aku tahu aku perlu untuk berdiri..tapi aku lemah ya Allah kerana tidak ada tangan2 yang ingin aku berpaut dihulurkan untk ku..adakah ini takdr yang Engkau tentukan untkku,ampunilah aku jika aku mengeluh dengan takdirku ini..ampunilah aku ya Allah..

Kau lapangkanlah dadaku dalam menempuh ranjau kehidupan ini..kuatkanlah aku..

Aku tidak ingin tewas kerana msih banyak yang perlu aku pelajari ya Allah..aku selemah2 insan yang mendambakan kasih darimu ya Allah..aku sejahil2 manusia yang inginkan keredhaan darimu ya Allah..

Aku pohon dari Mu..Engkau memiliku ya Allah..lindungilah aku,berilah peluang untukku melaksanakn tugasku dimuka bumi Mu ini..izinkan aku untuk menjadi mata-mata rantai dalam perjuangan Mu..ameen

"Andai Islam itu,
seperti sebuah bangunan usang yang hampir roboh,
maka akan ku berjalan ke seluruh dunia,
mencari jiwa-jiwa muda,
aku tidak ingin mengutip dengan ramai bilangan mereka,
tapi aku inginkan hati-hati yang ikhlas,
untuk membantuku dan bersama,
membina kembali bangunan usang itu,
menjadi sebuah bangunan yang tersergam indah"...Iman Syahid Hassan Al-Banna